Monday, June 7, 2010

SAMBUNGAN MENULIS KARANGAN(PENDAHULUAN)

CONTOH PENGENALAN – 3 MARKAH

Perpaduan menjadi salah satu faktor untuk menjamin keamanan dan keharmonian negara. Perpaduan secara umumnya bermaksud ‘kesatuan’. Dalam konteks negara, perpaduan ialah satu bentuk kesatuan yang melampaui maksud kesatuan perkauman sama ada dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Di Malaysia, konteks perpaduan meliputi kesatuan semua kaum dan kehendak perpaduan kaum itu melampaui maksud bersatu – padu. Pemimpin negara melihat kesatuan kaum di Malaysia akan menghasilkan satu entiti yang kukuh dan satu wahana penting pembangunan negara. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum (Melayu, Cina, India –sekadar menyebut beberapa kaum terbesar) merupakan aset utama negara. Oleh sebab itulah, pelbagai cara telah dilakukan untuk menguatkan konsep perpaduan tersebut. Hal ini juga dilakukan dalam dunia pendidikan.

Perenggan di atas ialah perenggan pendahuluan yang wajar menerima 3 markah.

Apa yang perlu ada dalam sesebuah perenggan pendahuluan yang baik?

1.AYAT TOPIK-RUJUK KEPADA TOPIK SOALAN, LAZIMNYA CALON MENYERTAKAN DEFINISI KONSEP
2. HURAIAN TOPIK-CALON BOLEH MENGGUNAKAN PELBAGAI PENDEKATAN SEPERTI ISU-ISU SEMASA, PENYATAAN TOKOH-TOKOH, GABUNG JALIN PENGETAHUAN CALON (SEJARAH, GEOGRAFI, EKONOMI, KESUSASTERAAN MELAYU DSB)
3. KEHENDAK SOALAN PERLU DITULIS DENGAN JELAS PADA AKHIR PERENGGAN.
Cuba fikirkan dan praktikkan. Insyaallah, cara ini pasti akan memuaskan hati anda.

No comments:

Post a Comment