Pernahkah anda terfikir bahawa menulis esei terlalu sukar?
Hal yang sama berlaku kepada anak-anak murid saya.
Ada kalanya saya terfikir, apakah yang telah dipelajari
oleh mereka selama berada di tingkatan 1,2,3,4 dan 5?
Adakah mereka tidak dibekalkan teknik menulis karangan
dengan betul? Menulis karangan merupakan proses yang mudah
tetapi memerlukan latih tubi kerana tanpa latih tubi yang mencukupi,
kemahiran itu sukar untuk diperoleh. Analoginya sama seperti A
mempunyai lesen memandu kereta, tetapi tidak pernah cuba untuk
memandu kereta. Pada pandangan anda, adakah A akan mahir
memandu kereta? Jawapannya ada pada diri anda sendiri.
Saya akan cuba menterjemah proses penulisan itu dari masa ke masa.
Ada ketikanya kita buntu fikiran untuk memulakan esei. Bayangkanlah
anda sedang mencari-cari sesuatu. Dimanakah pencarian itu bermula?
Sudah tentu pada bahagian pendahuluan karangan.
Tanya diri anda apa yang akan anda tulis untuk memperkenalkan topik
dan pemahaman terhadap kehendak soalan anda. Lazimnya,
ayat pertama lebih kepada definisi konsep yang ada dalam soalan.
Contohnya, jika berhubung dengan pencemaran, maka definisikanlah
perkataan tersebut. Jelaskan sejelas yang mungkin dengan memasukkan
pelbagai elemen. Mungkin anda akan merujuk isu semasa. Tulislah
berhubung dengan isu tersebut. Walau bagaimanapun, jangan lupa
bahawa di akhir ayat perenggan pendahuluan(pengenalan) anda perlu
menulis kehendak soalan dengan ayat sendiri. Cubalah petua ini.
Mungkin sedikit sebanyak akan membantu.
No comments:
Post a Comment