Monday, June 7, 2010

SAMBUNGAN MENULIS KARANGAN(PENDAHULUAN)

CONTOH PENGENALAN – 3 MARKAH

Perpaduan menjadi salah satu faktor untuk menjamin keamanan dan keharmonian negara. Perpaduan secara umumnya bermaksud ‘kesatuan’. Dalam konteks negara, perpaduan ialah satu bentuk kesatuan yang melampaui maksud kesatuan perkauman sama ada dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Di Malaysia, konteks perpaduan meliputi kesatuan semua kaum dan kehendak perpaduan kaum itu melampaui maksud bersatu – padu. Pemimpin negara melihat kesatuan kaum di Malaysia akan menghasilkan satu entiti yang kukuh dan satu wahana penting pembangunan negara. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum (Melayu, Cina, India –sekadar menyebut beberapa kaum terbesar) merupakan aset utama negara. Oleh sebab itulah, pelbagai cara telah dilakukan untuk menguatkan konsep perpaduan tersebut. Hal ini juga dilakukan dalam dunia pendidikan.

Perenggan di atas ialah perenggan pendahuluan yang wajar menerima 3 markah.

Apa yang perlu ada dalam sesebuah perenggan pendahuluan yang baik?

1.AYAT TOPIK-RUJUK KEPADA TOPIK SOALAN, LAZIMNYA CALON MENYERTAKAN DEFINISI KONSEP
2. HURAIAN TOPIK-CALON BOLEH MENGGUNAKAN PELBAGAI PENDEKATAN SEPERTI ISU-ISU SEMASA, PENYATAAN TOKOH-TOKOH, GABUNG JALIN PENGETAHUAN CALON (SEJARAH, GEOGRAFI, EKONOMI, KESUSASTERAAN MELAYU DSB)
3. KEHENDAK SOALAN PERLU DITULIS DENGAN JELAS PADA AKHIR PERENGGAN.
Cuba fikirkan dan praktikkan. Insyaallah, cara ini pasti akan memuaskan hati anda.

KARANGAN

CONTOH PENGENALAN – 1 MARKAH

Perpaduan amat penting bagi sesebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum sepeti Malaysia. Di Malaysia terdapatnya kaum India, kaum Cina, kaum Melayu dan lain-lain kaum. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk di negara ini terutamanya melalui sistem pendidikan.

CONTOH PENGENALAN- 2 MARKAH

Perpaduan dalam kalangan masyarakat amat penting untuk mewujudkan sebuah negara yang aman, damai, bersatu padu, bertoleransi , tiada berlaku rusuhan dan sebagainya. Perpaduan juga amat penting bagi sesebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti di Malaysia. Malaysia terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, cina, India, kadazan, dayak dan lain-lain. Oleh sebab itu kerajaan Malaysia telah melakukan banyak usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum di kalangan penduduk melalui sistem pendidikan.

Tuesday, April 27, 2010

BAHAGIAN ISI KARANGAN

Isi karangan peringkat STPM khasnya bagi mata pelajaran bahasa melayu amat. penting. Bahagian ini akan menggambarkan kematangan anda memilih isi sokongan yang berhubung dengan kehendak soalan. Sering kali para pelajar sukar menjejaki isi yang relevan. Sila tanya diri anda : apakah ...untuk menjawab soalan yang dipilih. contohnya , jika anda memilih soalan berhubung dengan kesan-kesan jenayah terhadap masyarakat, maka tanya diri sendiri, apakah kesan jenayah terhadap masyarakat. Anda akan mula menjawab, kesannya ialah...

i. keamanan akan terjejas
ii. ekonomi negara akan merosot
iii. pembangunan negara akan terencat
antara contoh jawapan yang boleh disertakan.

Kemudian anda perlu menjelaskan setiap satunya, seperti di bawah:-

i. keamanan akan terjejas
-mengapa keamanan akan terjejas, mulakan dengan ' Hal ini demikian kerana...'
-bagaimana jenayah boleh menjejaskan keamanan, mulakan dengan 'apabila hal ini terjadi...'
-selitkan contoh yang relevan. Seelok mungkin, jelaskan contoh yang dipilih.


Saturday, April 3, 2010

bahagian isi karangan

Kadang kala kita berasa sukar untuk mencari isi karangan.
Pada pandangan saya semua pelajar akan mengalami masalah ini.
Saya ingin mencadangkan para pelajar cuba berfikir dengan kritis.
Keinginan dan kerajinan membaca apa-apa sahaja bahan bacaan
akan banyak membantu kita mencari pelbagai isi.

Monday, March 29, 2010

MENULIS KARANGAN

Pernahkah anda terfikir bahawa menulis esei terlalu sukar?
Hal yang sama berlaku kepada anak-anak murid saya.
Ada kalanya saya terfikir, apakah yang telah dipelajari
oleh mereka selama berada di tingkatan 1,2,3,4 dan 5?
Adakah mereka tidak dibekalkan teknik menulis karangan
dengan betul? Menulis karangan merupakan proses yang mudah
tetapi memerlukan latih tubi kerana tanpa latih tubi yang mencukupi,
kemahiran itu sukar untuk diperoleh. Analoginya sama seperti A
mempunyai lesen memandu kereta, tetapi tidak pernah cuba untuk
memandu kereta. Pada pandangan anda, adakah A akan mahir
memandu kereta? Jawapannya ada pada diri anda sendiri.
Saya akan cuba menterjemah proses penulisan itu dari masa ke masa.
Ada ketikanya kita buntu fikiran untuk memulakan esei. Bayangkanlah
anda sedang mencari-cari sesuatu. Dimanakah pencarian itu bermula?
Sudah tentu pada bahagian pendahuluan karangan.
Tanya diri anda apa yang akan anda tulis untuk memperkenalkan topik
dan pemahaman terhadap kehendak soalan anda. Lazimnya,
ayat pertama lebih kepada definisi konsep yang ada dalam soalan.
Contohnya, jika berhubung dengan pencemaran, maka definisikanlah
perkataan tersebut. Jelaskan sejelas yang mungkin dengan memasukkan
pelbagai elemen. Mungkin anda akan merujuk isu semasa. Tulislah
berhubung dengan isu tersebut. Walau bagaimanapun, jangan lupa
bahawa di akhir ayat perenggan pendahuluan(pengenalan) anda perlu
menulis kehendak soalan dengan ayat sendiri. Cubalah petua ini.
Mungkin sedikit sebanyak akan membantu.


Saturday, March 27, 2010

ANALISIS AYAT

  1. sentiasa mencari sekurang-kurangnya 5 kesalahan dalam ayat.
  2. pastikan kesalahan dan pembetulan ditulis dengan tepat dan betul.
  3. tulis jawapan anda dalam bentuk gambar rajah agar senang dibaca oleh pemeriksa.
  4. jawapan perlu ringkas dan padat

rumusan karangan

  • membaca keseluruhan petikan
  • memilih isi dengan baik-garis atau kurungkan isi. pastikan anda meninggalkan huraian contoh.
  • menulis isi dalam esei yang baru.
  • pemerenganan- pertama (pengenalan), kedua(isi) dan ketiga (penutup)
  • panjang patah perkataan perlu diikuti untuk mengelakkan penolakan markah